5 tahun 11 Bulan

Saturday, March 3, 2012

ini kisah rindu .



rindu nak belajar dekat kelas 5 Salman .
duduk bahagian belakang sekali tepi kak Aishah lepastu bila mengantuk or boring kitaorang berduet nyanyi nasyid sama-sama dengan kak Aishah sampai Suraya kat tepi geleng kepala , sampai orang depan toleh belakang dah keluar aura bertanya korang-dah-kenapa ?




rindu nak pergi kelas Bahasa Arab tiap malam isnin .
Sebelum masuk kelas mesti pergi merayau dengan Xephora dulu dekat pasar malam tengok benda mengarut cermin mata la tudung la lepastu beli keropok lekor sampai dua ringgit . Lepastu masuk kelas lambat sampai semua orang dah sampai and ustaz dah start mengajar . Padahal sampai kat situ kemain awal , kes merayau lama sangat la ni . Masa dalam kelas pulak dok main aci menyorok makan kat belakang sebab masing-masing takut nak mintak izin ustaz . LOL , dah la makan keropok lekor u_u





rindu kelas chemistry cikgu Zalina .
kenapa rindu chemistry je ? haha sebab chemistry subject peberet wuuuu . Cikgu bagi berpuluh kertas soalan trial pon terima dengan senyum melebar ala ala kecik tapak tangan besar litar F1 ditadahkan . Lepastu time masuk makmal buat experiment je mesti group kitaorang la yang buat silap sampai kena repeat experiment . And yang paling best bila last experiment buat soap mula la semua berangan konon jadi profesor dekat makmal , siap mintak abang makmal tu kot putih . Dah tu masing-masing sarung kot kat badan dengan megahnya . Camera tak payah cakap , memang main angkut je dari rumah dah tak kira peraturan sekolah apa semua . End up bergambar lagi melebih daripada buat experiment T_T . Lepastu rindu naik main hand sanitizer xephora bila mengantuk and boring . Habis sebotol hand sanitizer dia tu hee :D





rindu masa birthday tahun lepas .
Xephora (dia lagi ? banyak betul memory aku dengan kau Xe haha) beli cupcake dekat kantin makcik senyap-senyap lepastu makan dekat kelas . Xe tiba-tiba je letak cupcake tu dekat depan kita siap dengan sebatang lilin menyala tercucuk atas tu . Xe suruh tiup lepastu dia hulur hadiah . K hadiah dia bagi sangat comel okay sangat comel ahahahah ;p

rindu dekat group PUI 5 Salman .
Group paling havoc . Yang gelak kuat-kuat bila satu kelas tengah senyap khusyuk buat kerja . Yang selalu berlumba dengan group lain bila cikgu bagi tugasan sebab nak cepat siap . And yang selalu 'bergaduh' dengan kumpulan belakang -_-" (part ni memang la aku tak paham kenapa kumpulan belakang tu macam suka cari pasal . ops) Lepastu kitaorang main tukar-tukar nama , Baitil jadi Amalina , Amalina jadi Sukainah , Rayyan jadi Aliah , Aliah jadi Syuda . K rindu . Part paling tak boleh lupa bila yan tersembur gula-gula dekat Amal lepastu habis gelak-gelak sampai semua pandang slack . And part paling sweet bila gaduh-gaduh-manja (k geli , syudeen yang cakap ni dulu) dengan Syudeen , dok asyik main pukul-pukul berebut itu ini . Sampai semua ahli group dah boring tengok . And Amal siap buat bahasa isyarat lagi tu . Kalau dah start gaduh dengan Syudeen , Amal akan ketuk meja dengan botol air and semua ahli group yang lain akan lari dari meja tu ahahah <--- you know how sweet and funny . Rindunyaaa......






dan banyak lagi rindu .





p.s : I'm going to be firm to myself . Jangan dengar cakap hati sangat .
p.s.s : Tiba-tiba rindu nak pergi umrah (?)
p.s.s.s : Hari tu dah janji kan tak mao menangis dah pasal benda ni , tapi kalah . I'm a looser .
p.s.s.s.s : Semua gambar tak ada kena mengena dengan cerita , malas la nak godek folder cari satu persatu gambar .
p.s.s.s.s.s : Masuk bulan Mac yang indah permai ni nak sibukkan diri dengan benda berpaedah , nak masuk office abah buat kerja , nak belajar memasak lagi lagi lagi lagi , nak habiskan lesen .