5 tahun 11 Bulan

Tuesday, January 31, 2012

regreting myself


maybe not only today , but everyday .


hai hai dan haiiii ! <------ you can see how boring my life is .

i don't blame anyone . Just regreting of myself , doing nothing everyday . sometimes bila dah malam selalu terpikir - apa yang aku dah buat since pagi tadi - sebab rasa macam lepas bangun tidur baca novel lepastu lunch lepastu online lepastu turun dapur tolong kacau apa yang mama masak dalam kuali lepastu dinner lepastu lepak dalam bilik lepastu tidur balik . Rasa rugi sangat . Kan ? Mensia-siakan masa lapang yang tak patut disiakan tsk tsk *menangis terhinjut-hinjut*

i tell you what , memang tipu la kalau kata tak ada perancangan nak buat apa dikala masa lapang yang amat sangat ni . Dulu before habis SPM lagi kemain merancang tapi at last rasa macam habuk pon tak ada . cis . dan cis sekali lagi sebab esok dah masuk febuari . Cepat kan masa berlalu ? Dah habis sebulan cuti rupanya . . . .


Plan asal lepas-SPM-nak-buat-apa memang banyak .

First of all , nak masuk piano lesson . Like seriously , since habis PMR lagi mintak kat ma and abah nak belajar piano . Teringin nak pandai main piano . Tapi masa pendek cuti lepas PMR kot menyebabkan plan tu terkubur macam tu je . And lepas habis SPM ni try la mintak balik nak belajar piano , tapi sekarang harapan hancus . berkecai . my abah tak kasi belajar sebab . . . . . k tak nak bagitau sebab apa . So awal-awal lagi crossed that out from my list . kecewa you know *slammed the door*

Second , nak belajar memasak . Okay yang ni tak melawak k tak melawak . Memang mama abah hatta nenek sekali bising suroh belajar memasak nanti nak kahwin la apa la . And of course , memang diri sendiri teghingin pandai masak tapi siapa nak ajar ? setakat ikut buku resepi alahai takut at last semua tu campak masuk longkang belakang rumah je . Dulu masa mula-mula habis SPM almost everyday abah tanya hari-ni-belajar-resepi-apa-dengan-mama haha kau mama pon tak ada dekat rumah nak suroh belajar dengan mama mana ? -_____- sedih i cenggini tau . duduk rumah sorang-sorang dengan bibik je tiap hari makan tengah hari pon main aci cilok maggi hot cup dalam almari panjang kat dapur je . Dan akhir sekali hasrat belajar memasak terkubur macam tu je .

Third , ambik lesen secepat yang boleh . K hal ini sangat menyakitkan hati dan malas nak ulang cerita yang sama nanti luka lama berdarah kembali cewah cewah k diam tak nak ulas pepanjang .

Next , nak hias bilik . hihihihihihihihihi k hampeh jugak . Siapa yang pernah tengok bilik memang akan cakap hahah-how-simple-you-punya-bilik . kah kah dinding putih semedang bertambah dengan semua perabot putih lepastu seketul dua je perabot . ingat nak ler pasang wallpaper bercorak-corak lepastu print gambar bebanyak tampal kat dinding lepastu pasang light keliling katil lepastu buat kelambu gitu dekat dinding katil . dah la , hancus jugak harapan dengan alasan abah kata ; " nanti kan dah nak masuk U bazir je nak hias lelawa. " k abah , k .




*kalau katil dah lip lap lip lap cenggini maknanya dia dah panggil suroh tidur*


Okay next nak keluar round satu KL habis siap lengkap dengan picnic dekat tasik titiwangsa . hahhahahahhahhhahahahhah setakat wangsa walk mall / KLCC /One Utama / JJ Setiawangsa / Taman Tasik Datuk Keramat agaknya boleh kira satu KL ke eh ? =____="

dah la penat nak cakap merepek banyak-banyak . bye .


p.s : Isya , nak ikut pergi Umrah :'(
p.s.s : Abang sekarang tengah seronok menjelajah Italy and Spain tsk tsk benci i
p.s.s.s : Plan ke Vietnam masih kabur . Nampak gaya macam tak jadi je . . . .
p.s.s.s.s : Galaxy Note sangat best you know , kalah iphone 4 gitu :p



p.s.s.s.s.s : Dah tak boleh nak bukak tumblr sebab sekarang apa kejadah entah penuh dashboard dengan gambar OneDirection je semedang . i can't even stare at them jantung dup dap dup dap lebih laju daripada biasa (kau dah kenapa ?) lepastu rasa nak marah bila tengok Harry and Liam tangkap gambar dengan perempuan lain isy benci la (jealous padahal)